Tuesday, December 15, 2015

Assalamualaikum semuaa...


Aku nak menceritakan satu lagi jenis buah kegemaran aku yang mudah hidup dan banyak terdapat di kampung-kampung di Malaysia.Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan. Terdapat banyak jenis pisang kat Malaysia, antaranya pisang tanduk, pisang awak, pisang berangan dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak pisang yang paling aku suka adalah pisang emas....MEMANG SEDAP BAQ HANG....







Kelebihan pisang adalah:


1. Getah pisang boleh menyembuhkan luka.Ya, memang ni kali pertama pada aku. Caranya ialah dengan menyapukan getah pisang pada luka. Hasilnya, darah berhenti mengalir dan luka segera sembuh dengan izin Allah. Boleh jugak digunakan sebagai penawar mengubati bisa akibat dipatuk ular atau disengat kala jengking.

2. Pisang juga kaya dengan vitamin dan serat. Proses penghadaman akan lebih mudah dengan adanya bnyak serat.

3. Pisang dapat menyihatkan tulang sebab mengandungi kandungan kassium yang tinggi.

4. Pisang juga dapat melancarkan sistem peredaran darah.pisang memiliki kandungan kalium dan potasium yang bermanfaat untuk membantu sistem peredaran darah badan. Pada akhirnya peredaran oksigen ke otak menjadi lebih lancar. Kalium juga dapat berfungsi untuk membantu melancarkan denyutan jantung dan mengurangi risiko terserang strok.


Selain dari ini aku rasa ada banyak lagi khasiat dia. Tapi, setakat ini sahaja dari aku.
MOGA MEMBERI MANFAAT.

Monday, December 14, 2015

Buah kurma

Assalammualaikum semuaa...


Post kali ini aku nak menceritakan tentang buah kegemaran aku iaitu buah kurma. Aku memang suka buah kurma, kalau ada buah kurma dalam peti ais kat rumah memang muka aku la yang dok buka peti ais ambik kurma...Lagi sedap kalau makan dengan kawan dia kismis.

   Okayyy...Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan tak kira waktu dia dah masak atau masih mentah. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja ada 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.


Ni gambar buah kurma


“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW




Khasiat buah kurma
  1. Khasiat buah kurma sebagai penawar racun. Dengan memakan 7 butir kurma setiap hari dapat melawan racun sebab kurma memiliki kandungan vitokimia serta memiliki zat antioksidan.
  2. Sebagai sumber tenaga. Buah kurma mengandungi tenaga untuk tubuh sehingga buah ini sering dijadikan sebagai makanan berbuka puasa.
  3. Mampu mencegah cancer usus besar. Kurma yang kaya serat dapat membantu selaput lendir usus dan mengikat bahan kimia sehingga mencegah cancer usus besar.
  4. Dapat melancarkan buang air besar.
  5. Kandungan vitamin A pada buah kurma mampu menyihatkan mata , kulit dan melindungi dari cancer paru-paru dan mulut.
  6. Kurma merupakan sumber zat besi yang baik, zat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel darah merah.
  7. Kalium yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah sehingga memberikan perlindungan terhadap sakit jantung dan strok.

Oleh itu, marilah kita makan buah kurma...Jom pakat serbu kedai beli buah kurma.

Moga memberi manfaat.


Saturday, December 12, 2015

Penting belajar seni mempertahankan diri

Assalammualaikum semuaaa...

Aku nak menceritakan tentang BEST dan pentingnya belajar seni mempertahankan diri. Ramai orang terutamanya golongan ibu bapa mahu anak mereka mempelajari ilmu ini, tapi anak2 yang tak nak sebab mereka ingat benda ni buang masa sahaja...Seni mempertahankan diri ni ada banyak...Antaranya, Wushu, Taekwando, Karate, Silat dan banyak lagi.


Seni mempertahankan diri penting bagi seseorang untuk belajar dari kecil...Sebab apa?
Sebabnya, bila dah besar dan dapat sambung pelajaran jauh dari ibu bapa sekurang-kurangnya kita dah tahu serba sedikit cara nak mempertahankan diri apabila musuh datang. Zaman sekarang kan dah banyak kes2 jenayah.


Selain dari tu, bila belajar seni mempertahankan diri ni, secara tak langsung dapat menyihatkan badan kerana seni mempertahankan diri ini melibatkan senaman2 dan latihan yang mampu menaikkan otot dan bila badan dah sihat, otak pun cerdas.



Akhir kata, apabila mempelajari seni pertahanan yang paling penting sekali perlulah pandai mengawal kemarahan tu. Janganlah sampai dengan adik sendiri pun nak guna ilmu yang dipelajari.
Sekian sahaja terima kasih, Moga bermanfaat


Friday, December 11, 2015

Halal dan haram

Assalammualaikum semuaa...

Aku nak cakap tentang HALAL... Sekarang ni ramai yang kurang ambil berat tentang makanan halal atau haram. Kita perlu tahu Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan agar manusia memakan makanan yang halal dan baik. Sebagaimana yang ada dalam Al-Quran Surah      Al Baqarah : ayat   168.




Maksudnya :    Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yg ada di bumi yg halal lagi baik . Dan janganlah kamu ikuti Jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.


Jadi, sudah teranglah disini kita perlu mengambil berat tentang halal haram makanan yang kita makan..

Halal dalam perkataan arab حلال yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan. Contohnya , bagi menentukan sama ada daging yang hendak dimakan dikira halal atau tidak, binatang berkenaan mestilah telah disembelih dengan nama Allah...


Antara konsep yang perlu diambil perhatian ketika memilih makanan Halal ialah:

  1. Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan.Kita perlu jelas tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.
  2. Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan.Antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Syarikat penyembelihan tersebut juga perlulah yang mendapat  pengiktirafan halal oleh JAKIM.
  3. Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara. Jadi kita perlu berhati- hati
  4. Seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci.
  5. Akhir sekali kita perlulah melihat logo halal pada makanan tersebut. Pastikan yang diiktiraf oleh Jakim.
Ini adalah logo-logo halal yang disahkan oleh Jakim




Sekian sahaja dari aku kali ini, moga dapat memberi manfaat pada semua



Jom beriadah

Assalammualaikum semuaa...

Aku nak menceritakan tentang kepentingan beriadah dan tempat-tempat menarik yang boleh korang lawat kat PERLIS..

Beriadah ni penting sebab dapat menyihatkan tubuh badan kerana apabila kita beriadah dengan cara berjogging, kita sedang melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan lemak dalam badan. Secara tak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan banyak lagi.



Selain daripada itu, dengan cara beriadah di kawasan yang penuh dengan keindahan flora dan fauna kita dapat menghilangkan tekanan.. Jadi, kepada yang selalu sibuk bekerja, carilah peluang untuk anda beriadah.



Kalau kat PERLIS, tempat yang menjadi pilihan aku dan ramai lagi untuk beriadah antaranya ialah Tasik Melati.Tasik ini terletak di Jalan Santan, 10 KM dari Bandar Kangar. Pada asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar dipenuhi tumbuhan liar dinamakan kercit.





Yang kedua ialah Gua Kelam.Gua Kelam adalah salah satu gua yang paling menarik di Malaysia yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”).JOM KE GUA KELAM..




Sekian sahaja cerita aku kali ini, jumpa di post akan datang...

Thursday, December 10, 2015

Minat aku

Assalammualaikum semuaa,...

Kali ini aku nak menceritakan tentang motosikal klasik kesayangan aku yang diberi oleh ayah tersayang,..HONDA CB 100




        Bila disebut CB 100, ramai remaja zaman sekarang yang tidak mengenali motosikal ini. Tapi orang lama yang mempunyai minat dalam dunia permotoran pasti kenal motosikal dengan logo sayap sebelah ni.. Motosikal ini hanya 100cc tetapi memang layan bawak moto ni... Ramai yang suka modified motosikal tapi aku lebih suka standard.


     Motosikal ini lahir pada tahun 1970 dari syarikat HONDA. Kalau tanya aku maksud CB aku akan jawab classic bike, sebab ia klasik.hehehee...Honda CB 100 ni ada 5 tukaran gear,4 lejang, tapi tak laa laju macam moto yang remaja sekarang ni suka LC, 125z dan lain-lain. Moto ni sesuai dibawa secara santai bukannya laju. Kalau bawa moto klasik tak kira moto apa pun sepanjang perjalanan mesti akan ada orang yang angkat tangan, bunyikan hon kenderaan sebab mungkin sebab mereka juga meminati kenderaan klasik..

       Tangki Honda CB 100 muat 7.5 liter petrol dengan rangka yang ringan mampu memberi kepuasan kepada peminatnya..




   

         Selain 100cc , Honda CB juga ada 125cc, 200cc , 250cc dan lain2 lagi...


HONDA CB 125





HONDA CB 200




HONDA CB 250



Setakat ini sahaja info yang dapat aku kongsi....Dan satu lagi selalunya mesti orang akan tanya nak jual tak moto tu... Maaflaahhh.... aku sayang moto ni..









Biodata aku

Assalammualaikum semuaaa,,......

Aku nak ceritakan serba sedikit tentang diri aku... Pertama sekali aku ni anak Perlis.
Tak nampak macam orang Perlis pun???

Ni haaa,, aku bagi bendera Perlis..
Nama penuh, Syed Hamidi Bin Syed Ali. Sekolah Rendah aku kat Alor Setar, SJK(C) PEI HWA sampai Darjah 4. Darjah 5 dan 6 di SJK(C) KONG AIK, Mata Ayer, Perlis. Boleh cakap bahasa Mandarin??? Jawapannya boleh la sikit-sikit..

ni la sekolah aku sebelum berpindah ke Perlis SJK(C) PEI HWA



Ramai yang tanya kenapa masuk sekolah jenis kebangsaan cina. Sebenarnya ayah aku minat bahasa mandarin, kebetulan pula sekolah ni dekat dengan rumah. Bila dah belajar bahasa mandarin ni aku pun dah jadi minat dengan bahasa ni jadi aku teruskan je laaa sampai UPSR..
SJK(C) KONG AIK sekolah rendah aku lepas pindah ke Perlis...Sekolah ni kecik jaaa.. tak luas mana pun..TAPI...,banyak yang aku pelajari kat sini walaupun hanya dua tahun, Jumpa kawan-kawan Melayu yang turut belajar kat sini..

inilah SJK(C) KONG AIK

Lepas UPSR aku masuk SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SHEIKH AHMAD sampai la ambil SPM pon kat sini. Sekolah ni kat Arau, Perlis. Pada mula-mula pindah ke Perlis, aku lalu kat sekolah ni, terus memang minat nak masuk sini, dah tu baru dapat tau yang sekolah ni sekolah kluster kecemerlangan jadi keputusan UPSR kena la mantap sikit nak masuk sini. Akhirnya aku dapat jugak belajar kat sini selama lima tahun.
DSC_0268
SMK DATO' SHEIKH AHMAD

Dah habis SPM hingga sekarang ni aku ada di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, ASASI SAINS PERTANIAN (ASPer)...In Shaa Allah,, kalau ada rezeki aku nak sambung degree dalam veterinar, nak kejar cita-cita dari kecik dulu...

Setakat ni saja aku nak cerita perjalanan aku menuntut ilmu dari sekolah rendah sampai sekarang.